Aligato gozaimasu buat penjejak bloggish yang di sayangi . Hope your enjoy in my blogs :D Jangan lupe follow mollow hea darlings . Baiiii !

Tips mengenal lelaki kurang baik :/

Siapa pernah couple atau merancang untuk couple kena take note dengan perkara ini.
Lagi-lagi bagi mereka yang couple dengan rakan sendiri di mana kawan anda adalah kawan si dia juga.

Ini bukan pengalaman saya tapi pengalaman orang lain yang saya rasa patut dikongsikan untuk diambil pengajaran oleh rakan-rakan lain.
Bukan semua lelaki (mungkin hanya satu dalam sejuta) yang begini perangainya tapi awas jika si dia jumpa dan dingorat oleh lelaki sebegini eloklah si dia itu menolaknya secara baik.
Kenali dulu hati budi lelaki itu dulu sebelum menerimanya sebagai kekasih hati sebab si dia mungkin akan rasa menyesal bila dah terima lelaki itu nanti.

Sebenarnya tak susah untuk mengenal lelaki begini.
Tapi ketahuilah lelaki sebegini jika inginkan si dia, memang akan jadi lelaki paling romantik di dunia yang kita jumpa tapi dalam masa yang sama mengongkong serta membataskan pergaulan perempuan itu bila sudah jadi kekasih hati.
Maknanya di sini, once dah terjebak, maka terlalu sukar untuk lepas.

Ada 4 ciri-ciri yang saya nampak iaitu;


1.Lelaki ini bila bersama kita, dia akan bercerita keburukan-keburukan kawan-kawan especially kawan-kawan lelaki yang si dia kenali supaya si dia menanam rasa tak suka atau paling teruk benci pada kawan-kawannya.Sekaligus dia dapat mendominasi si dianya itu.Yup, betul-betul mendominasi si dia sehingga apa sahaja yang dikatakan lelaki itu dipercayainya.


2.Lelaki ini sangat tidak suka si dia bergaul dengan orang lain yang termasuk rakan-rakan perempuannya. Bila si dia tidak mengikut permintaannya, dia akan menuduh si dia terpengaruh dengan rakan-rakan si dia itu padahal itu semua hanyalah tuduhan semata-mata. Sedangkan rakan-rakan si dia tak pernah memberi apa-apa pengaruh tak baikpun. Malah tak pernah tahu masalah si diapun. (sebab tak pernah diceritakan)


3.Bila si dia merajuk, lelaki ini memang pandai memujuk dan mencairkan hari si dia dengan kata-kata manisnya. Lelaki sebegini sememang amat berbakat menjadi 'pelakon terbaik' sebab dia memang baik depan orang yang dikutuknya padahal dibelakang orang itu, tak tahulah berapa bakul agaknya kutukan yang dilemparkan. Sebenarnya tak sangkapun wujud lelaki sebegini sebab biasanya kita dengar perempuan sahaja yang cenderung untuk act macam itu.

4.Ciri ini yang paling takbulehbelah iaitu sangat dan amat kuat cemburu dengan si dia sehinggakan bila si dia berjumpa dengan kawan baik perempuan (yang dikenali sebelum si dia megenal si lelaki) pun, dia mengamuk dan2 tu juga. Tak salah untuk cemburu sebab cemburu itu tandanya sayang. Tapi kalau dah kronik macam gini, fikir-fikirkanlah kesannya.


Ciri-ciri ini kalau ada pada lelaki yang anda kenali, better jauhkanlah diri sebab umpama menempah bencana kepada diri sendiri sahaja. Tak percaya?. Kesannya amatlah besar kepada 'si dia' itu tapi apa yang buat dia bernasib baik ialah dia 'sedar' sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin, memang meranalah. Kamu boleh didominasi oleh lelaki sebegini bertahun-tahun sebelum anda sedar yang anda telah masuk masuk kandang harimau. Ngeri seyh!

No comments: